.......HOME.........SpeED .......SpeEDeYe......PICTURE...........ARTICLE ............ENTERTAINMENT..................

WHy SpeEDuP?

SpeEDuP adalah salah satu cabang dalam SpeED yang khusus untuk meningkatkan penguasaan dan pencapaian pelajar istimewa slow learner dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani menggunakan kaedah PJ Suaian.


Mengapa Pendidikan JaSmani?
Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal dalam sistem pendidikan di Malaysia. 

Walaupun matapelajaran pendidikan jasmani tidak diuji dalam peperiksaan awam di Malaysia, subjek ini nyata signifikan kerana merupakan satu-satunya bidang pendidikan yang menekankan taksonomi jasmani yang tidak
disentuh oleh matapelajaran-matapelajaran lain dalam hal berkaitan dengan LIMA taksonomi penting pendidikan iaitu jasmani,  emosi, rohani ,intelek dan sosial.(JERIS) 
Tambahan lagi, selain daripada merupakan bidang ilmu itu sendiri, subjek ini menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan  mampu menerapkan amalan bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuk sepanjang hayat.